Monday 16 February 2015

SEJARAH LABU SAYONG

Menurut cerita, di percayai bahawa labu telah dibawa ke Sayong oleh Tok Kaluk yang datang dari Minangkabau dalam zaman pemerintahan Sultan Iskandar. Tok kaluk merupakan salah seorang yang mempunyai hubungan intim dengan istana, di katakan telah dianugerahkan tanah oleh sultan di Kampung Kepala Bendang sebagai menghargai kepandaian membuat hasil pertukangan seperti pedang, parang, keris dan juga tembikar. Sejak itu Tok Kaluk menyumbangkan kebolehannya membuat labu kepada penduduk kampung. Lama kelamaan penduduk di kampung ini pandai membuat labu hingga ke hari ini. 

Penggunaan tembikar dalam kehidupan seharian memang meluas. Labu sayong bukan sahaja digunakan oleh golongan rakyat biasa malahan golongan istana turut juga menggunakanya, sebagaimana yang dicatat oleh Raja Chulan dalam Misa Melayu. Sewaktu Sultan Iskandar Zulkarnain menghilir sungai dari Istana Pulau Cempaka Sari, baginda turut membawa tembikar tanah ini yang digunakan sebagai bekas air minuman dan untuk bersiram. (rujukan kraftangan warisan kita, SMK Dato’ Abdul Rahman Yaakub)